Thursday 1 December 2011

1 comment:

  1. Tapak Eskavasi Sungai Batu, Lembah Bujang. tapak eskavasi ini berjaya ditemui oleh Universiti Sains Malaysia dengan bantuan Jabatan Warisan Negara yang mempunyai lebih 90 tapak. Kajian saintifik ke atas 10 tapak berjaya menonjolkan Malaysia sebagai kawasan tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara. Berdasarkan penemuan artifak sejarah dan candi, pengkaji mengakui bahawa Lembah Bujang merupakan sebuah pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan kapal-kapal dagang suatu masa dahulu. Wujudnya kawasan penempatan, perkuburan, bengkel bata, atap genting dan melebur besi mewajarkan tapak itu dikenali Taman Warisan Sejarah Negara. Penemuan kajian Sungai Batu di sebuah ladang sawit Jalan Lencongan Merbok itu membuktikan tamadun di situ lebih awal (110 Masihi) daripada Angkor Wat di Kemboja, Borobodur di Indonesia atau kawasan bersejarah lain di Thailand atau Vietnam.

    ReplyDelete